Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

TIMELINES -Penerbangan Ke Mesir


Suasana di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) agak sibuk dengan kenderaan menyusur keluar masuk. Tidak terlepas juga para penumpang yang menunggu giliran masing-masing untuk ke destinasi yang dituju.
Pihak Mauizah Resources juga tidak terlepas peluang untuk menunggu para pelajar hadir bagi memberikan serba sedikit penerangan.
Di luar dapat dilihat pencakar langit yang tinggi-tinggi belaka dengan cuaca yang baik seolah-olah meraikan pemergian semua.
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Hadrat Illahi kerana memudahkan urusan pelajar-pelajar ini untuk menuntut ilmu ke Mesir. Firman Allah dalam Surah Al-‘Ankabuut [29] :

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”


Semua pelajar dan ahli keluarga yang bersama-sama hadir untuk menghantar anak-anak mereka ke tempat belajar yang jauh. Pihak Mauizah Resources telah menghantar 11 orang pelajar ke Mesir yang diiringi oleh Ustaz Syihabudin Ahmad sendiri. Setelah semuanya tiba pada masa yang ditetapkan, urusan ‘Check-in’ diuruskan dengan begitu lancar sekali.


Selesai semua urusan, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua pengiring atau lebih dikenali dengan perunding pendidikan Mauizah Resources. Para ibu bapa dan juga ahli keluarga juga tidak terlepas mendengar dengan penuh telitian setiap ucapan yang diberikan oleh Ustaz. Hal ini kerana, ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Selepas beberapa minit, pelajar-pelajar memberikan lambaian terakhir kepada ahli keluarga masing-masing sebelum berangkat belajar ke Mesir.


Beberapa jam kemudian, rombongan tiba di Bangkok untuk transit dan kemudian akan meneruskan perjalanan ke Kota Ilmu Kaherah.
17 Julai 2016 (AHAD)


Alhamdulillah tepat jam 5.05 pagi, rombongan Mauizah Resources tiba di Mathor iaitu Lapangan Terbang Kaherah, Mesir. Masing-masing kepenatan dan seterusnya dibawa ke
rumah penempatan pelajar.


Pada waktu malam, para pelajar dibawa untuk membuat ittisalat atau Simkad bagi memudahkan urusan kehidupan harian mereka di sana.


Setelah semuanya selesai, mereka dibawa pula untuk jalan-jalan minum malam sebelum pulang ke rumah penginapan masing-masing.
18 Julai 2016 (ISNIN)

Hari berikutnya, bermula dengan sarapan pagi dengan makanan Mesir bagi membiasakan mereka sepanjang keberadaan di negara orang.


Kemudian, dibawa untuk makan tengah hari di Rumah Imam Ghazali yang juga dijamu dengan makanan Mesir iaitu Ruz bil Faraq. Sedap kata mereka.


Urusan seterusnya, para pelajar dibawa untuk mendaftar Kursus Bahasa Arab di Markaz Nile, Mesir.


Para pelajar sedang menduduki peperiksaan penentuan Mustawa bagi Kursus Bahasa Arab di Markaz Nile, Mesir.


Makan di Rumah Imam Syarawi pula dijamu ikan Talapia Sweet Sour (Hasil masakan Ustaz Karimullah).

19 Julai 2016 (SELASA)


Hari pertama kelas komunikasi Bahasa Arab dengan lenggok Mesir yang telah dikendalikan oleh Ustaz Syihabudin Ahmad. Kelas bermula jam 9.15 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.
Segala pengurusan di Markaz Nile sudah selesai.

20 Julai 2016 (RABU)


Pada pagi hari keempat, mereka dihidangkan sarapan pagi dengan roti canai atau dikenali sebagai fatirah yang dicicah dengan kari ayam sebelum sesi pembelajaran di Markaz Nile bermula.


Kelas bagi pelajar-pelajar juga telah dimaklumkan untuk level tamhidi Markaz Nile.Perkembangan positif bagi para pelajar yang mereka sudah boleh pergi dan balik sendiri dari tempat pengajian.




Kemudian, telah diadakan satu pertemuan rasmi antara Mauizah Resources yang diwakili oleh Ustaz Syihabudin Ahmad dengan Mudir Markaz Nile iaitu Sayyidul fadilah al Ustaz Abdullah Yigit.

Beberapa persetujuan dua hala telah dibuat bagi memudahkan urusan pelajar Malaysia menyambung pengajian di Markaz Nile dalam pelbagai bidang. Perbincangan khusus berkaitan kursus kepada para guru bahasa Arab juga telah lengkap.

21 Julai 2016 (KHAMIS)



Haluansiswa Mesir mengadakan program Ijtima Am di Markaz Haluansiswa Mesir Hayyu Sabi, Kaherah pada jam 8.12 malam bersamaan 2.15 pagi (Waktu Malaysia).Tajuknya adalah “Melahirkan Mahasiswa Azhari yang berkualiti”. Ustaz Syihabudin Ahmad yang menjadi pengiring para pelajar baru yang menyambung pengajian di Maahad Buuth al-Azhar telah memberikan ceramah kepada para pelajar baharu. Beliau meruapakan alumni mahasiswa al-Azhar, MESIR.

Selamat menuntut Ilmu di bumi Anbiya’ dan Perlembahan Nill ini !!

22 Julai 2016 (JUMAAT)


Para pelajar dibawa minum malam selepas solat isya’ secara berjemaah.

24 Julai 2016 (AHAD)




Pelajar-pelajar dibawa keluar untuk membeli barang keperluan dapur dan keperluan harian seperti periuk nasi dan sebagainya.


Hari ini juga telah bermula pengajian kelas Tahsin al-Quran
Alhamdulillah.. Semua urusan di sana dipermudahkan. Ramai yang sudah mempercayai Mauizah Resources. Jom sama-sama ke Mesir yang merupakan bumi ilmu dan para ulama’. Semoga pelajar-pelajar ini dipermudahkan dan dapat meneruskan pengajian hingga ke menara gading dan menjadi pemimpin yang hebat pada suatu hari nanti. Ameen.

TIMELINES -Penerbangan Ke Mesir Reviewed by Unknown on November 29, 2016 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.