Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

STATUS PENGAJIAN DI UNIVERSITI ASSIUT DAN UNIVERSITI FAYOUM DI MESIR.

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ‎mengambil maklum bahawa terdapat beberapa pelajar warganegara Malaysia yang melanjutkan pengajian tinggi mereka di Universiti Assiut dalam bidang perubatan dan pergigian, dan di Universiti Fayoum dalam bidang pengajian Islam.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa kursus pengajian Sains Kesihatan di Universiti Assiut dan Pengajian Islam di Universiti Fayoum tidak diiktiraf oleh pihak berwajib untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam.

3. Ini termasuk kursus pergigian di Universiti Assiut di mana Majlis Pergigian Malaysia (MPM) semasa mesyuarat ke-114 mereka pada 1 Jun 2016 telah mengesahkan bahawa program pergigian di Universiti Assiut tidak sama dengan kelulusan yang tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971. Justeru, kelulusan yang akan dianugerahkan adalah tidak diiktiraf oleh MPM.

4. Sehubungan itu, ‎KBMK mengesyorkan agar mahasiswa-mahasiswa warganegara Malaysia yang kini melanjutkan pengajian di universiti berkenaan agar memindahkan pengajian mereka ke mana-mana tujuh (7) universiti yang tertera seperti di bawah (berdasarkan dasar
semasa kelayakan pengajian sains kesihatan, iaitu tiada subjek C dalam keputusan SPM)‎:

(i) ‎Universiti Kaherah
(ii) Universiti Al-Azhar
(iii) Universiti Ain Shams
(iv) Universiti Iskandariah
(v) Universiti Mansoura
(vi) Universiti Tanta
(vii) Universiti Zagazig

* untuk pergigian – universiti nombor (i) hingga (vi) sahaja, kecuali Universiti Zagazig.

5. Sekiranya mahasiswa kursus pergigian masih kekal di Universiti Assiut, mereka perlu melalui proses penilaian di bawah Jawatankuasa Penilaian bagi kelulusan yang tidak diiktiraf (termasuk tambahan 2 tahun pengajian di Malaysia), sebelum layak dipertimbangkan untuk pendaftaran dengan MPM.

6. Bagi proses perpindahan tersebut, pegawai yang boleh dihubungi untuk tujuan penyelarasan ‎ialah En. Ahmad Buhairi bin Nawawi, Setiausaha Kedua (Pendidikan) di emel mrbuhairi@gmail.com.

7. KBMK juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi memberi peringatan kepada ibubapa dan mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke Republik Arab Mesir untuk mendapatkan maklumat pengiktirafan pengajian dan universiti di Mesir daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terlebih dahulu. Malangnya masih terdapat penghantaran pelajar-pelajar oleh agen-agen yang tidak bertanggungjawab seperti ke Universiti‎ Assiut dan Universiti Fayoum.

Sekian.

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah‎
6 September 2016‎

STATUS PENGAJIAN DI UNIVERSITI ASSIUT DAN UNIVERSITI FAYOUM DI MESIR. Reviewed by Unknown on November 29, 2016 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.