Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Diploma Certificate in Arabic as a Foreign Language (DCAFL) King Abdul Aziz University Dengan Biasiswa PENUH

Diploma Certificate in Arabic as a Foreign Language (DCAFL) Dengan Biasiswa PENUH
Program BIASISWA PENUH ini terbuka kepada semua pemohon di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program ini ialah program 2 tahun penuh dengan 60 jam kredit.



Fokus utama diploma DCAFL ialah bagi melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa arab daripada empat sudut kemahiran;

(1) Mendengar
(2) Berkomunikasi
(3) Membaca
(4) Menulis

Ia juga menfokuskan penggunaan Bahasa Arab dalam sistuasi sebenar.



Setelah pelajar melengkapkan pengajian, mereka akan menerima Diploma Arabic as a Foreign Language (DCAFL). Menariknya, pelajar yang TERBAIK akan mendapat peluang untuk menyambung pengajian dan biasiswa dalam ijazah sarjana muda dalam bidang Perubatan, Pergigian, Aplikasi Sains Perubatan, dan Farmasi.

Syarat dan Kelayakan


Para pemohon MESTILAH mempunyai syarat berikut:

  1. Mempunyai sijil/s;ip SPM dengan keputusan tidak kurang daripada “Baik/Jayyid/70%” – sijil ini hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Arab atau English.
  2. Berumur di antara 17 dan 25 tahun.
  3. Mampu menyertakan Laporan Perubatan.
  4. Passport masih aktif sekurang-kurangnya 2 tahun
  5. Menghantar 2 surat sokongan (recommendation)
  6. Pemohon wanita mestilah menyertakan bukti mahram yang telah mendapat visa Arab Saudi.


Kelebihan Biasiswa PENUH


  1. Pelajar akan mendapat akses untuk keseluruhan kelebihan bagi pelajar di universiti.
  2. Mendapat elaun sara hidup bulanan
  3. Mendapat elaun kali pertama sebanyak 2 kali ganda elaun bulanan
  4. Mendapat elaun terakhir selepas tamat pengajian sebanyak 3 kali gandaan elaun bulanan
  5. Subsidi makanan
  6. Tiket dua hala setiap tahun untuk pergi dan balik Malaysia-Arab Saudi
  7. Mendapat layanan kesihatan di hospital university dan kerajaan.
  8. Pelajar CEMERLANG berpeluang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda.


Di manakah Lokasi Universiti Ini?


Ia berjiran dengan Mekah!



Tahun ke-3 Membantu Pelajar Membuat Permohonan


Alhamdulillah, tahun 2019 merupakan tahun ke-3 buat Aswan Educonsult/Mauizah Resources membantu pelajar menyambung pengajian ke Universiti King Abdul Aziz atas diploma yang dinyatakan. 

Kami sangat berharap tahun ini akan lebih ramai pemohon yang layak akan memenuhi kouta pelajar universiti ini.



Bagaimana Kami Membantu Anda?


Langkah 1: Aswan Educonsult akan memberikan nasihat dan pelan pendidikan serta kerjaya kepada pelajar dan ibubapa. Disamping kami akan membantu anda memahami CARA MEMOHON SEPERTIMANA PELAJAR YANG TELAH DITERIMA MEMOHON. 

Langkah 2: Kami akan membantu menguruskan dokumen pelajar termasuk menterjemahkan dan menyediakan surat sokongan. 

Langkah 3: Kami akan membantu anda membuat permohonan.

Daftar Sekarang untuk Anda lakukan Langkah Pertama! 

Whatsapp kami: 0108678472

Diploma Certificate in Arabic as a Foreign Language (DCAFL) King Abdul Aziz University Dengan Biasiswa PENUH Reviewed by Aswan Edu on May 25, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.