Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Benarkah Universiti ISLAM Madinah Rekrut WAHABI?

Inilah pertanyaan yang sering ditanya kepada kami. BENARKAH UNIVERSITI ISLAM MADINAH REKRUT WAHABI? Bahkan, ada yang bertanya, "Jika belajar di Madinah, macam mana nak kekang fahaman Wahabi?"



Oleh itu, kami kongsikan kepada anda, pandangan PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MADINAH berkenan isu ini.

Penulis ialah Najmi Farisham, salah seorang pelajar yang masih menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

-------

“Wahabi kita dekat Malaysia ni lebih Wahabi daripada Wahabi dekat Arab Saudi sana," ujar seorang abang ini penuh yakin.

Aku sekadar menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyum kambing.

“Ha, kenapa tu?" tanya seorang lelaki yang berada di sebelah kanannya.

“Iyalah, Wahabi kita ini asyik-asyik tak boleh tahlil. Orang dekat Arab Saudi tu, relaks ja boleh buat tahlil," terangnya begitu, yakin.

Aku senyum sajalah. Malas nak banyak tanya. Dah banyak kali dah dengar orang duk cakap benda ini.

Persoalannya, siapakah yang dia maksudkan buat tahlil di Arab Saudi? Syeikh-syeikh yang mengajar di Masjidilharam dan Masjid Nabawi ke? Imam-imam besar mereka ke? Mufti ulamak mereka ke? Okeylah paling senang, kawan itu Melayu ke Arab?

Bila kita nak kata orang Arab Saudi buat tahlil, kita kenalah merujuk kepada orang mereka yakni Arab. Aku bukan nak lawan hentam sangat kalian nak bertahlil, cuma benda kena jelas. Orang Malaysia yang datang umrah atau haji, kemudian buat upacara tahlil dekat sana bukanlah dikira sebagai orang Arab Saudi.

Aku berani jamin imam, mufti, ulamak dan syeikh rujukan mereka semua tak buat amalan tahlil begini. Sebabnya tahlil ini kalian hanya boleh temui di negeri Nusantara sahaja. Negara lain tak ada. Negara Arab lagilah.

Aku yakin yang kepala buat tahlil ini mesti Melayu juga.

Masa mula-mula sampai Madinah dulu, kami ada hadiri semacam usrahlah dekat sana. Dipantau oleh pihak kerajaan. Sekali seminggu, dalam sejam saja pertemuannya. Mungkin orang akan kata agenda Wahabilah tu.

Sebenarnya dalam masa sejam, syeikh akan cerita pasal adab dan akhlak sahaja. Isi tak begitu berat sebab fokus utama adalah nak galakkan pelajar bercakap Arab. Tak pernah disentuh soal akidah, soal nak bunuh orang, soal nak bidaahkan orang, soal nak bergaduh dengan orang dan segala soal yang biasa orang kaitkan dengan Arab Saudi.

Dan tiap kali pertemuan itu, tak pernah sekalipun syeikh mengepalai atau menyuruh kami berbuat tahlil. Kalau ikut logiklah, dah program seliaan kerajaan, buat pula seminggu sekali, paling lekeh buatlah tahlil sekali. Biasa program kita di Malaysia, begitulah kan? Tapi ini tak ada langsung.

Ada biasanya travel buat pakej tahlil di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Aku tak rasa mereka berjaya buat dalam masjid. Mesti balik buat di tempat makan hotel. Kerana mereka pun tahu memang tak boleh nak berkumpul ramai-ramai dan buat amalan begitu di sana.

Macam pernah orang duk mendabik dada, guru Melayu mereka ada halakah khas dalam Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Soalannya, adakah halakah itu dapat lesen atau tauliah daripada pihak pengurusan masjid? Bukan senang-senang nak mengajar dalam sana. Kalau buka secara sembunyi-sembunyi, semua orang boleh claim.

Ingat tak itu hari kecoh seorang remaja Indonesia jadi imam di Mekah? Lepas itu semua pakat duk berbanggalah rakyat serumpun kita antara satu-satunya imam asia dalam kalangan imam Arab dekat Masjidilharam.

Hello! Kawan itu jadi imam di sebuah masjid di Mekah. Bukannya Masjidilharam. Mekah ini luas tahu tak? Entah berapa puluh masjid, mungkin ratus ada dalam kawasan Mekah.

Macam ramai anak muda kita pergi belajar di negara Arab. Bila ditanya macam mana suasana di negara tersebut, tenang saja dia jawab, "Alah, dekat sana subuh baca qunut, doa berjemaah lepas solat fardu, wirid kuat-kuat."

Memang benda itulah kita jumpa kalau duk dalam kawasan orang Melayu saja. Dah solat pun di asrama orang Melayu. Cuba pergi solat di masjid sekitar, tengok macam mana mereka buat.

Subuh mereka baca qunut ke tak? Setahu aku mazhab Syafie saja yang berpandangan qunut dibaca ketika solat subuh. Mazhab lain tak ada. Dah tu, negara Arab yang anak muda kita pergi tu, mazhab apa? Ha, cuba cek balik.

Aku bukannya nak menakut-nakutkan kalian dengan mazhab lain, cuma berfikiran luaslah. Mazhab lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali juga sebahagian daripada agama Islam juga. 3 mazhab ini termasuk Syafie adalah antara mazhab besar. Imam Syafie pun ada belajar juga daripada mereka bertiga.

Aku pernah ke Mesir dua tiga tahun lepas, kita solat di masjid mereka. Masjid yang memang Arab punya. Lepas solat duduk kejap, terus bangun beredar. Mana ada wirid kuat-kuat, doa kuat-kuat. Cuma bila solat di asrama pelajar kita, memang adalah benda itu semua.

Kadang-kadang aku fikir, kita ini belajar jauh-jauh tak cuba pun nak selami dan hayati macam mana Islam di sesebuah negara itu diamalkan. Duduk dalam kalangan kita sendiri dan bila pulang ke Malaysia, duk canang beginilah cara orang sana beramal. Padahal bukan. Kita dekat sana pun duk amal apa yang orang kampung kita buat. Tak cuba langsung buka mata dan pemikiran untuk tengok yang lain.

“Kamu tu, nanti belajar sana tak usah terikut sangat dengan cara orang sana. Kena ingat kita orang Melayu. Tahlil, doa apa semua jangan tinggal," antara nasihat yang orang pesan.

Entah apalah yang orang takutkan. Mengaji jauh-jauh, namun masih nak kekal dengan cara lama, tak ingin berubah. Padahal petunjuk apa semua dah ada depan mata.

Itulah.

Najmi Farisham,
Santai-santai. Janganlah marah.
Benarkah Universiti ISLAM Madinah Rekrut WAHABI? Reviewed by Syihabudin Ahmad on May 17, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.