Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Mahu Sambung Belajar di Universiti Islam Madinah Tetapi Orang Kata Tidak Bagus?

Hari ini, saya didatangi oleh sebuah keluarga daripada Negeri Sembilan. Permulaannya mereka mahu mendapatkan khidmat nasihat menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Tetapi kemudiannya menukar untuk ke Kursus Bahasa Arab di Mesir. 

Saya agak pelik dengan penukaran berkenaan. Lalu, ketika sesi konsultasi, saya bertanya kepada ibu pemohon; Mengapa diubah? Rupa-rupanya, anak lelakinya mendapat makluman yang tidak bagus terhadap peluang sambung belajar di Arab Saudi. Dia mendengar bahawa ia tegas dan mudah dibuang belajar! 

Saya jadi pelik kerana bagaimana seorang yang belum memohon sudah memikirkan untuk dibuang belajar? Akhirnya saya dapat jawapan bahawa ia adalah komentar-komentar gurunya di sekolah. 

Sepengetahuan saya, sangat jarang ada isu pelajar dibuang daripada universiti di Arab Saudi terutamanya Universiti Islam Madinah. Jika ada, ada kemungkinan dia tidak menepati 3 syarat berikut: 

(1) Akhlak baik.
(2) Betul-betul berminat belajar.
(3) Sihat tubuh badan. 

Oleh itu, saya terangkan kepada keluarga berkenaan tentang situasi permohonan ke universiti-universiti Arab Saudi. Ibubapa menunjukkan minat dan bersedia datang kali kedua untuk mendengar taklimat yang lebih terperinci. 

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Banyak lagi dakwaan yang tidak benar tentang Universiti Islam Madinah dan kerjaan Arab Saudi. Tetapi, kita bincang di meja konsultasi! Jom!


________
Syihabudin Ahmad,
Educational Adviser
0360397343 | 010-8678472
Mahu Sambung Belajar di Universiti Islam Madinah Tetapi Orang Kata Tidak Bagus? Reviewed by Unknown on December 24, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.