Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Lepasan Tahfiz Semata, Tidak Berkualiti?

Pengalaman saya sebagai educational consultant, pengajian Tahfiz tanpa akademik sehingga meninggalkan SPM atau sijil setaraf bukanlah pilihan terbaik.

Banyak sekolah tahfiz yang dibina atas tujuan meramaikan orang hafal al Quran tetapi tiada perancangan bagaimana membuka peluang pelajar itu mempraktikkan apa yang mereka hafal.

Ia mencipta ramai manusia tanpa cita-cita tinggi dan tidak jelas perjalanan hidup. Bertawakal tetapi salah konsepnya.

Bahkan, ada ibubapa yang 'bertaubat' lalu minta anak-anak mereka ambil SPM. Tetapi si anak tidak begitu sedar seperti ibubapanya dek kempen guru-guru yang menyeleweng. Akhirnya, keputusannya ialah kegagalan.

Ini bukan kisah seorang. Tetapi ramai. Ia berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2009.

Ada yang mendabik dada dengan sijil Tamat Hafalan 30 juzuk al-Quran tetapi surah Mukmin dan Ghafir pun tak kenal. Apabila ditebuk juzuk 28, caca marba! Bahkan selalu juga juzuk 1 pun kelaut!

Sepatutnya, pelajar Tahfiz patut lebih bermutu kerana mereka melalui fasa yang sukar. Sepatutnya otak pelajar tahfiz boleh dibantu pergi lebih jauh. Kerana mereka membawa kalam Tuhan.

Sekiranya anda sedang menimbang memasukkan anak ke Tahfiz penuh, saya cadangkan ia sehingga umur 15 tahun sahaja. Selepas itu, pastikan dia masuk juga aliran akademik.

Jika waktu itu dia telah hafal 5 juzuk dengan baik, maka cukup ibubapa yang bantu supaya dia dapat habiskan. Bukankah dia telah tahu teknik hafalan daripada sekolah lamanya? Kenapa perlu tunggu sehingga 30 juzuk? Habiskan di rumah jika telah melepasi umur 15 tahun.

Menghafal tak susah, yang susah ialah mengulang hafalan - ini kata sepakat orang yang hafal al Quran.

Sekiranya anak tidak tahu lagi tempat mana yang sesuai, boleh datang jumpa saya. Saya akan tunjukkan dan jelaskan caranya satu per satu. Selagi belum berumur 25 tahun, insyaAllah saya boleh tinjukkan.

Hubungi pejabat saya 0360397343, dan minta untuk buat appointment dengan saya (Ustaz Syihab) - kita bincang tentang masa depan, insyaAllah.

Lepasan Tahfiz Semata, Tidak Berkualiti? Reviewed by Unknown on December 24, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.