Menyambung Pengajian di Timur Tengah!
Seseorang yang mahu menjadi seorang Ustaz untuk orang awam; mestilah mahir menjawab soalan umum iaitu; "Ustaz, apa hukum..." maka sudah sangat layak bagi orang seperti ini untuk berusaha merancang perjalanan ke kuliah Syariah.
Saya berikan contoh; jika dia memilih untuk mengambil Kuliah Syariah di Universiti al-Azhar. Maka dia perlu berusaha mendalami ilmu al-Quran daripada sekolah rendah sehingga maksima 15 tahun. Sebaik-baiknya, dia telah menghabiskan hafalan al-Quran 30 juzuk pada umur 15 tahun atau sekurang-kurangnya 8 juzuk.
Ketika berumur 16 tahun, dia telah menumpukan pengajian di sekolah agama yang menggunakan silibus pengajian Arab - dengan maksud, hadis, fikah, dan sebagainya menggunakan silibus di dalam bahasa Arab. Dalam masa yang sama, dia mengambil SPM ketika umur 17 tahun.
Setelah itu, ketika berumur 18 tahun, terus sahaja ambil pengajian STAM selama setahun. Tahun berikutnya; confirm sudah boleh dapat tempat di al-Azhar jika keputusan STAM itu sekurang-kurangnya Jayyid.
Demikianlah sedikit perjalanan umum seorang pelajar yang mahu menjadi Ustaz untuk orang awam.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengajian di Tanah Arab; anda boleh hubungi kami dan bertemu dengan perunding pendidikan kami. Kami akan berusaha membantu anda!
Menyambung Pengajian di Timur Tengah!
Reviewed by Unknown
on
May 16, 2017
Rating: