Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Universiti al-Taif, Arab Saudi


Sejarah Dan Pencapaian Universiti 

Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan (no. 115 bertarikh 27/2/1400 H) agar dibina sebuah Kolej Pendidikan di Taif bertujuan untuk menjadikannya pusat bagi melanjutkan pengajian di peringkat universiti di daerah ini. Pada awalnya, kolej tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Universiti King Abdul Aziz. Namun setelah pembukaan Universiti Umm al-Qura, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan (no. 24187 bertarikh 27/10/1402 h)  agar Kolej Pendidikan ini diletakkan di bawah pentadbiran universiti yang baru dibuka itu. Kolej tersebut telah mula beroperasi pada tahun 1401 H. Bilangan pelajar yang berdaftar pada ketika itu ialah 85 orang lelaki dan 180 orang perempuan yang menceburi pelbagai bidang antaranya:

-Pengajian Islam
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Biologi
-Jabatan Pendidikan (Jabatan Sokongan)

Pada tahun 1419 H pula, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan  (no. 17 bertarikh 4/6/1419 h) agar diwujudkan sebuah Kolej Sains di Taif. Kursus yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang iaitu:

-Matematik
-Biologi
-Fizik
-Sains Komputer

Pada tahun yang sama, kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk menjadikan Istana Raja Saud  sebagai tapak cawangan Universiti Umm Al-Qura, yang terletak di kawasan Hawiyah, Taif. Kawasan istana tersebut seluas 380,000 meter persegi. Ia terdiri daripada dua bahagian: Istana Raja dan Rumah Kerabat Diraja yang dipisahkan oleh koridor sepanjang 200 meter dan villa kecil. Setelah siap diubah suai, Istana Raja dijadikan tempat bagi Kolej Pendidikan dan Kolej Sains Taif dan pusat petadbiran bagi cawangan Universiti Umm Al-Qura pada tahun 1423 H. Pada tarikh 18/5/1423 H, Putera Abdullah bin Abdul Aziz telah meletakkan batu asas untuk pembinaan bandar universiti bagi cawangan tersebut. Pada tarikh 10/5/1424 H pula, kerajaa Arab Saudi telah mengeluarkan arahan (No. 22042) supaya cawangan Universiti Umm Al-Qura di Taif ditukarnya statusnya kepada universiti bebas yang kemudiannya diubah namanya menjadi Universiti Taif.

Selepas Universiti Taif diiktiraf sebagai universiti bebas (Arahan no. 22042 bertarikh 1424/10/05), jawatankuasa khas universiti mula membina struktur baru dan juga telah berjaya membangunkan beberapa fakulti baru iaitu:

1. Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan yang merangkumi bidang-bidang berikut:

-Radiologi
-Dadah
-Pediatrik
-Perubatan dalaman
-Patologi
-Pembedahan
-Rheumatisma
-Perubatan Forensik
-Urologi
-Pembedahan Pediatrik
-Bioperubatan

2. Fakulti Pentadbiran dan Kewangan:

-Jabatan Ekonomi dan Pengurusan Projek
-Jabatan Perakaunan
-Jabatan Pemasaran
-Jabatan Pentadbiran Perniagaan
-Jabatan Pelaburan dan Kewangan
-Jabatan Sistem Maklumat Pengurusan

3. Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat:

-Sains Komputer
-Sistem Maklumat
-Kejuruteraan Komputer

4. Fakulti Kejuruteraan:

-Jabatan Kejuruteraan Awam
-Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
-Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5. Fakulti Farmasi

6. Fakulti Khidmat Masyarakat dan Pendidikan

Jabatan Sokongan pula telah diubah menjadi Dekan seperti:

-Dekan Kemasukan dan Pendaftaran
-Dekan Hal Ehwal Pelajar
-Dekan Hal Ehwal Perpustakaan
-Dekan Pengajian Siswazah

Pihak pentadbiran universiti telah mengubahsuai Istana Raja Saud secara keseluruhan. Tanah-tanah yang tidak digunakan telah digunakan untuk pembinaan lebih daripada 30 kemudahan akademik dan pentadbiran yang merangkumi 130 buah auditorium 90 buah makmal serta beberapa unit khusus seperti:

-Unit Mikroskop Elektronik
-Pusat Penyelidikan
-Dewan Sukan
-2 Bilik Persidangan
-Pusat Multimedia dan Teknologi Pengajaran
-Pusat komputer

Pihak universiti juga telah diberikan Kompleks Perubatan Putera Sultan Ibn Abdul Aziz yang kini menempatkan Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan dan Fakulti Farmasi. Sebagai perancangan jangka masa panjang juga pihak universiti telah bersetuju menerima geran tanah seluas kira-kira 16,000,000 meter persegi di Taman Rekreasi Negara Saysad untuk dijadikan tapak pembinaan bagi kampus yang baru. 

Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pendidikan, pihak pentadbiran universiti telah mengusulkan pengasingan antara jabatan sastera dan jabatan pendidikan.  Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelulusan (No. 6204 / M) pada 18/8/1427 H) untuk melaksanakannya lalu diwujudkan Fakulti Sastera dan Fakulti Pendidikan.

Bidang Fakulti Sastera merangkumi:  

-Bahasa Inggeris
-Bahasa Arab
-Syariah dan Pengajian Islam
-Qiraat


Manakala Fakulti Pendidikan merangkumi:

-Pendidikan Khas
-Pendidikan Prasekolah
-Ekonomi Domestik
-Sains Pendidikan

Pada tahun 1428 H,  kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan (No 1093 bertarikh 21/11/1428) agar diwujudkan tiga fakulti baru

Fakulti Sains Perubatan Amali yang terletak di Taraba. Bidang yang ditawarkan seperti berikut:

-Mikro Organisma
-Bioteknologi
-Pendokumentasian Perubatan 
-Veterinar

Fakulti Komuniti yang terletak di Khurma. Bidang yang ditawarkan seperti berikut:

-Sains komputer
-Bahasa Inggeris
-Pendokumentasian Perubatan 
-Pengurusan Pemasaran


Fakulti Seni dan Sains yang terletak di Rania. Bidang yang ditawarkan seperti berikut:

-Matematik
-Bahasa Inggeris
-Pentadbiran Perniagaan
-Perakaunan

Apabila Institut Perguruan diletakkan dibawah pentadbiran Universiti Taif, jabatan-jabatan yang sedia ada dalam institut tersebut digabungkan dengan jabatan yang ada dalam Universiti Taif mengikut kesesuaian bidang masing-masing. Kemudian kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan baru  (No.10209 bertarikh 30/12/1429) untuk menubuhkan lima fakulti baru:

1. Fakulti Syariah dan Undang-undang. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

-Syariah (Hukum Islam)
-Sistem perundangan
-Quran tilawah
-Kebudayaan Islam

2. Fakulti Reka Bentuk dan Ekonomi Domestik. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

-Pakaian dan Tekstil
-Seni
-Pemakanan dan Sains Makanan
-Lukisan Grafik
-Pengurusan Rumah dan Institusi Keluarga

3. Fakulti Pendidikan dan Sastera yang terletak Taraba. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

-Bahasa Inggeris
-Qiraat
-Syariah dan Pengajian Islam
-Bahasa Arab
-Ekonomi Domestik 
-Pendidikan Prasekolah
-Pendidikan dan Psikologi

Fakulti Pendidikan dan Sains yang terletak Khurma. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

-Bahasa Arab
-Syariah dan Pengajian Islam
-Ekonomi Domestik
-Pendidikan Prasekolah
-Matematik
-Bioteknologi
-Kimia
-Fizik
-Sains komputer
-Pendidikan dan Psikologi

Fakulti Komuniti yang terletak di Rania. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

-Sains Komputer
-Pentadbiran Perniagaan dan Sekretariat






Selepas mendaftar kolej kesihatan di universiti-universiti, universiti disusun semula kolej kesihatan untuk kanak-kanak lelaki dan kolej kesihatan untuk kanak-kanak perempuan di Taif untuk menjadi penyusunan semula selepas Fakulti Seni Gunaan Sains Perubatan dan Fakulti Pergigian.

Apabila fakulti kesihatan di semua universiti kerajaan digabungkan menjadi satu badan khas, Universiti Taif  menstruktur semula Kolej Kesihatan Lelaki dan Kolej Kesihatan Wanita dan dijadikan Fakulti Sains Perubatan Gunaan dan Fakulti Pergigian.
Bilangan fakulti di Universiti Taif telah bertambah sehingga mencecah 19 buah fakulti. Pertambahan bilangan fakulti  ini menyebabkan pertambahan dari segi peruntukan kewangan bagi kesemua staf dan pelajar dalam setiap fakulti seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:
-Tahun 1425 121.870.000 SAR
-Tahun 1426 303.084.000 SAR
-Tahun 1427 336.547.000 SAR
-Tahun 1428/29 774.964.000 SAR
-Tahun 1429/30 935.536.000 SAR

Pendaftaran Pelajar:
-Tahun 1425 8688
-Tahun 1426 12942
-Tahun 1427 23720
-Tahun 1428/29 31.216
-Tahun 1430 37433
Pengajaran Staf:

-Tahun 1425 93
-Tahun 1426 221
-Tahun 1427 551
-Tahun 1429 1024
-Tahun 1430 1463

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan masa hadapan, tanah seluas 17000.000 meter persegi yang terletak Sisid telah diperuntukkan kepada pihak pentadbiran universiti untuk menjadi ibu pejabat bandar universiti yang akan datang. Perancangan lengkap telah dibuat dan fasa pertama telah dimulakan dengan kos sebanyak SR 480,000,000.
Yakin dengan peranannya yang sangat penting dalam masyarakat, pihak universiti telah mewujudkan beberapa kursus khas dan program dalam pelbagai bidang pendidikan, kebudayaan dan sosial. Pihak universiti juga telah menandatangani beberapa perjanjian kerjasama ilmiah dengan pelbagai pihak sama ada daripada negara Arab atau bukan Arab. Pihak universiti juga mempunyai rekod cemerlang dari segi penyertaan dalam pelbagai forum saintifik serantau dan antarabangsa.
Mengiktiraf kepentingan penyelidikan saintifik, pihak universiti telah memberikan perhatian yang besar dalam aspek tersebut. Sejajar dengan itu, telah diwujudkan kumpulan penyelidik dengan persekitaran yang kondusif untuk menjalankan uji kaji dan melaksanakan projek-projek penyelidikan.
Bidang penyelidikan akademik juga turut diberi perhatian yang sama oleh pihak universiti. Lantaran itu, sebuah makmal khusus dan pusat penyelidikan berteknologi tinggi telah dibina bagi membolehkan staf akademik dan para penyelidik menjalankan kajian mereka dalam semua bidang sama ada dari aspek teori mahupun praktikal. Pihak universiti juga telah menyediakan buku rujukan dan majalah berkala merangkumi semua bidang yang ada bagi tujuan tersebut. Perpustakaan Utama yang dibina juga dilengkapi dengan perkhidmatan atas talian untuk manfaat semua.
Selain itu, pihak universiti juga memberikan perhatian dalam menggilap kreativiti para pelajar dengan aktiviti-aktiviti kurikulum. Justeru sebuah pusat khusus telah diwujudkan sebagai kemudahan untuk para pelajar menjalankan aktiviti kebudayaan, sosial, sains dan sukan.

Universiti al-Taif, Arab Saudi Reviewed by Unknown on April 16, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.