Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Lawatan Ke Maahad Qiraat Syubro Khazandarah (Lelaki)

11 Jan 2017( Khamis): Education Malaysia Egypt (EME) telah mengadakan lawatan ke Maahad Qiraat Syubro Khazandarah. Lawatan ini diketuai Hjh. Norhafizah Abd Kadir, Setiausaha Kedua (Pendidikan/Dirasat) bersama Ustaz Ahmad Fadli bin Adam, Atase Pendidikan (Wilayah Persekutuan).

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan pihak Maahad. Di samping itu, pemantauan juga dilakukan ke kuliah pengajian di Maahad. Pihak EME berpandangan tahap kehadiran pelajar tidak memuaskan dan masalah ini juga dalam perhatian serius pihak Maahad. Hasil perbincangan, pihak Maahad memohon kerjasama padu pihak kedutaan bagi menangani gejala ponteng kuliah seterusnya membantu pihak Maahad memastikan para pelajar Malaysia mengikuti pengajian sepenuhnya di kuliah setiap hari pengajian.

Pihak EME mengucapkan jutaan penghargaan atas keprihatinan Syeikh Samer selaku Pengetua Maahad Qiraat serta para tenaga pengajar seperti Syeikh Ala', Syeikh Abdun Nabi dan selainnya yang turut memberikan pandangan dalam perbincangan dengan EME.






Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pengajian di Timur Tengah, hubungi kami:

+ Email: mauizahrc@gmail.com
+ Telefon: 03-60397343
+ WhatsApp: 010-8678472
Book an appointment with SetMore
Lawatan Ke Maahad Qiraat Syubro Khazandarah (Lelaki) Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.