Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

10 SOALAN POPULAR Untuk Sambung Belajar ke Morocco

Memandangkan banyak soalan yang sama diutarakan saban tahun berkenaan proses melanjutkan pengajian ke Maghribi, kami mengambil pendekatan dengan memilih 10 soalan popular yang kerap ditanyakan kepada kami. Selamat menghadam!


SOALAN (1) : Morocco ni kat mana sebenarnya ? Morocco dengan Maghribi ni negara yang sama ke ? 


JAWAPAN (1) : Morocco/Maghribi terletak di Afrika Utara, bukanlah negara Timur Tengah seperti Jordan mahupun Mesir. Sebutan Maghribi berdasarkan paradigma arab disebabkan negara ini termasuk dalam wilayah Islam Afrika yang beretnik majoriti arab sebagaimana Mesir, Libya dan Al-jazair (Algeria). Morocco pula panggilan nama dari sisi Barat, atau dalam perancisnya juga dikenali sebagai Maroc. Morocco/Maghribi sama sahaja, tetapi bukan Moscow ! Moscow di Russia, ya.  :)

S (2) : Bahasa apa yang digunakan untuk berkomunikasi di Morocco ?


J (2) : Bahasa utama ialah Bahasa Arab (Fushah) dan bahasa kedua ialah Bahasa Perancis, manakala warga Maghribi menggunakan Darijah Maghribiyyah (bahasa arab pasar Maghribi) untuk berkomunikasi sesama mereka.

S(3) : Apakah syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Morocco ?


J(3) : Boleh dapatkan DI SINI

S(4) : Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Morocco ?


J(4) : Permohonan hendaklah dibuat melalui KPM sama seperti negara-negara Timur Tengah yang lain. First, anda dikehendaki membuat permohonan dengan mengisi maklumat secara atas talian (online) untuk saringan awal kelayakan memohon, Kemudian, setelah anda mendapat maklum balas daripada pihak KPM, anda bolehlah memuat turun borang permohonan dari laman sesawang yang sama (yang akan diisi secara manual) dan bermulalah aktiviti-aktiviti mengumpul dan menyiapkan segala kelengkapan dan dokumen yang dikehendaki KPM.

S(5) : Keputusan SPM tidak semasa memang tiada kompromi ? Lepasan diploma ? Apakah tiada cara lain untuk memohon ?


J(5) : Hanya itulah cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke sini. Untuk sebarang pencerahan, mungkin lebih baik anda merujuk pihak KPM sendiri kerana itu adalah syarat yang ditetapkan mereka, dan di luar bidang kuasa persatuan kami.

S(5)b : Bagaimana jika saya membuat permohonan terus ke Maghribi? Apa ada universiti lain di Maghribi yang menerima pelajar tajaan sendiri?


J(5)b : Maaf, tiada peluang, dan semua permohonan di sini diuruskan oleh KPT Malaysia sahaja. Sekali lagi, maaf, semua universiti berada di bawah KPT dan dasar kerajaan Morocco adalah tidak menerima pelajar yang datang sendiri dan tidak melalui KPT.

S(6) : Ada biasiswa ke untuk ke sana ? 


J(6) : Ada. Setiap tahun kerajaan Morocco memberikan biasiswa sebanyak 750MAD sebulan kepada 15 pelajar sahaja dari setiap negara. Oleh sebab itu, kerajaan Morocco meletakkan kuota sebanyak 15 orang setahun untuk kemasukan pelajar-pelajar dari negara luar.  *MAD = Moroccan Dirham

S(7) : Tentang biasiswa kerajaan Maghribi tu, bagaimana cara mereka memilih pelajar untuk mendapat biasiswa tersebut? Apakah ada kriteria-kriteria khusus yang diperlukan?


J(7) : Berkenaan hal tersebut, ia di bawah kelolaan Ministry of Foreign Affairs and Cooperation (AMCI), kriterianya tidak ditetapkan secara khusus, tetapi masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan KPT Malaysia, kerana kebiasaannya, 15 pelajar terawal yang mendapat tawaran ialah mereka yang terpilih untuk mendapat biasiswa kerajaan Maghribi. Adapun bagi sesiapa yang ingin memohon tajaan, zakat atau dermasiswa boleh berbuat demikian di Pusat Zakat atau mana-mana institusi di negeri masing-masing seperti JAIS di Selangor, MAINS di Negeri Sembilan, YT di Terengganu dan sebagainya.

S(8) : Dengarnya yuran pengajian di Maghribi percuma, betul ke ? Macam tak percaya pula. Iyalah, zaman sekarang ni mana ada yang senang-senang dapat free kan..?


J(8) : Baiklah, untuk pengetahuan semua, pengajian di Morocco adalah percuma bermula dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah(PHD), namun begitu, ada bayaran insurans yang dikenakan pada awal pendaftaran di sini nanti, yang dituntut oleh pihak AMCI. 

S(9) : Bagaimana dengan kos sara hidup ?


J(9) : Kos sara hidup di sini adalah berdasarkan wilayah yang didiami. Anggaran kasar untuk sebulan  sekitar RM450 – RM550 (1300MAD kurang lebih).

S(10) : Ada tak contoh surat permohonan dalam Bahasa Arab untuk dijadikan rujukan ?


J(10) : Maaf, kami tidak menyediakan apa-apa contoh surat permohonan. Tambahan pula, mungkin itu adalah salah satu aspek yang dinilai pihak berwajib dalam proses pemilihan pelajar. Maka, apa yang boleh diingatkan di sini, syarat-syarat surat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Dalam BAHASA ARAB
  2. Tulisan tangan (handwritten)
  3. Isi kandungan : Tujuan Permoohonan , Universiti dan Fakulti yang ingin dipohon , Nama , Alamat , No. Tel , Emel pemohon.




(Berlatarbelakang Masjid Sunnah, Rabat (Dari kiri Muhaimin, Nuaim, Wan Hakimin, M.Muzzammil Musbah (Rujuk Blog: KLIKdan Fakhrurrazi)


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pengajian di Timur Tengah, hubungi kami:

+ Email: mauizahrc@gmail.com
+ Telefon: 03-60397343
+ WhatsApp: 010-8678472
Book an appointment with SetMore
10 SOALAN POPULAR Untuk Sambung Belajar ke Morocco Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.