Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

5 Tempat Pengajian Islam Terkenal di Mesir

Berikut, kami sertakan secara ringkas pilihan pengajian Islam di Mesir:



1. Maahad Buuth al-Azhar


Sebuah institut pengajian yang menawarkan kualiti sijil yang berkualiti. Jika di Malaysia, sijil STAM merupakan sijil yang setaraf dengan sijil keluaran Maahad al-Buuth al-Azhar. 

Apabila pelajar telah menghabiskan pengajian di sini, secara automatik mereka akan terus dapat menyambung pengajian di Universiti al-Azhar tanpa perlu menduduki peperiksaan penerimaan @ Imtihan Qabul. 

Di sini, pelajar akan dididik dengan ilmu bahasa Arab yang tinggi serta menggabungkan pengajian Islam dan Akademik secara seiring.

Untuk maklumat lanjut tentang pengajian di Maahad Buuth, sila klik link berikut: KLIK

Syarat Memohon:

1) Berumur 15 tahun dan keatas
2) Mempunyai kemampuan kewangan dan kesihatan

2. Markaz Nile


Sebahagian orang menganggap telah terlewat untuk belajar bahasa Arab. Tetapi sebenarnya anda masih berpeluang untuk melanjutkan pengajian Diploma Bahasa Arab di Markaz Nile, Mesir.

Syarat Memohon:

Tiada syarat umur dan kelayakan sijil. 
Apa yang penting ialah keinginan menuntut ilmu yang tinggi. 

3. Maahad Qiraat al-Azhar


Bagi pelajar lepasan Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Universiti al-Azhar. Anda layak menyambung pengajian di sini. Setelah berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun, anda layak memegang Ijazah Sarjana Muda Qiraat. 

4. Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah Universiti al-Azhar


Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Kerajaan Malaysia diwakili oleh TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir pada ketika itu manakala Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayyib.

Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya.

Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

Bersedia, hanya 200 orang sahaja yang akan dipilih setiap tahun!

Kelayakan: 

Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk enam (6) subjek berikut iaitu Bahasa Arab, Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Syariah Islamiah, Matematik, Bahasa  Inggeris dan Bahasa Melayu dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan. 

DAN 

Lulus Imtihan Qabul (IQ). 

4. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti al-Azhar


Sekiranya anda mempunyai sijil STAM dengan minima MAQBUL, anda layak untuk memohon untuk program ini. Tetapi sebelum boleh mula belajar, anda hendaklah menduduki peperiksaan Imtihan Qabul yang akan diadakan di Mesir. 

Antara fakulti yang boleh anda pilih ialah: 

Mahasiswa

1) Syariah Islamiah 
2) Usuluddin 
3) Bahasa Arab 
4) Dakwah Islamiah 
5) Bahasa dan terjemahan 
6) Dirasat Islamiah Wal Arabiah 

Mahasiswi 

1) Syariah Islamiah 
2) Usuluddin 
3) Bahasa Arab 

5. Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian di Universiti al-Azhar


Jika anda berminat untuk belajar pengajian Islam + Sains kesihatan, al-Azhar adalah tempat yang terbaik. Lagipula, yuran pengajian universiti ini adalah antara yang termurah di Mesir. 

Syarat Memohon:

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.  

DAN 

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

Nota: Semua universiti yang dinyatakan di atas adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau apabila pulang nanti. 

Bagaimana memohon?


Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (Kecuali Maahad Buuth dan Markaz Nile). Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka. 

Jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan, pihak Mauizah Resources boleh membantu anda. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Hubungi kami segera: 03-60397343 atau WhatsApp: 010-8678472


5 Tempat Pengajian Islam Terkenal di Mesir Reviewed by Unknown on January 02, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.