MENGAPA ANDA MEMERLUKAN PERUNDING PENDIDIKAN (EDUCATIONAL CONSULTANT)?
Setiap anak-anak memerlukan pemilihan suasana akademik dan sosial yang ideal bagi menjadi pemangkin kecemerlangan mereka sebelum dewasa. Mendapatkan tempat pengajian yang terbaik merupakan salah satu daripada keputusan yang paling penting perlu dibuat.
Keluarga memerlukan maklumat yang banyak di dalam menentukan hala tuju pendidikan anak-anak, peluang masa hadapan dan sebagainya. Namun, sebahagian keluarga telah menghadapi cabaran, tekanan, keliru dan akhirnya buntu.
IBUBAPA MENDAPATKAN PERUNDING PENDIDIKAN KERANA BANYAK SEBAB PENTING:
✔Perunding sentiasa menfokuskan nilai pendidikan yang berkualiti dan menjamin masa depan anak-anak. Ia akan memastikan tempat pengajian berkenaan terjamin dan mempunyai hala tuju pendidikan yang jelas.
✔Perunding sentiasa mengambil kira ‘kesan’ selepas masuk ke tempat pengajian berkenaan. Ia tidak akan mencadangkan tempat pengajian yang merugikan pelajar dan ibubapa.
✔Perunding sering menziarahi tempat pengajian yang dicadangkan, membina hubungan baik bersama staff sekolah berkenaan serta sering menempatkan pelajar di sana.
✔Perunding tidak pernah bias di dalam memberikan cadangan. Ia akan mengambil kira harapan keluarga serta hubungan rapat antara tempat pengajian dan pelajar.
Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.
MENGAPA ANDA MEMERLUKAN PERUNDING PENDIDIKAN (EDUCATIONAL CONSULTANT)?
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2015
Rating: