Biasiswa MNRB
Biasiswa MNRB ditubuhkan oleh MNRB Holdings Berhad (anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia).
Pihak MNRB mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi menyambung pengajian secara sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi yang terpilih.
Dana biasiswa ini merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup. Penerima biasiswa MNRB juga perlu berkhidmat dengan syarikat tersebut dalam jangka masa yang dipersetujui bersama.
Tawaran biasiswa ini adalah untuk bidang pengajian terpilih seperti berikut:
- Pengurusan Risiko;
- Insurans;
- Syariah;
- Sains Aktuari.
Tarikh tutup: 5 Januari 2016 (Selasa)
Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa MNRB:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 23 tahun dan ke bawah;
- SPM / Percubaan SPM: Sekurang¬kurangnya 6A, termasuklah subjek bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; atau
- STPM / Percubaan STPM: Minimum 3A dan lulus kertas Pengajian Am; atau Matrikulasi / Asasi / Diploma / Ijazah: PNGK minimum 3.50;
- Esei bahasa Inggeris: Perlu mengemukakan 1 halaman esei tulisan tangan dalam bahasa Inggeris mengenai sebab-¬sebab memohon biasiswa, faedah yang diperolehi dari bidang pengajian termasuklah pelan pendidikan dan kerjaya;
- Pemohon mestilah berjaya memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf dalam bidang pengajian yang terpilih;
- Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam kegiatan ko¬kurikulum;
- Tidak menerima sebarang biasiswa / pinjaman / bantuan kewangan daripada mana¬mana organisasi lain;
- Calon mempunyai KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM / STPM yang memenuhi kriteria di atas digalakkan untuk memohon. Calon¬calon yang terpilih akan diberikan tawaran biasiswa sementara tertakluk kepada perbezaan di antara keputusan sebenar dan keputusan percubaan yang berada di dalam julat yang boleh diterima.
Cara Memohon Biasiswa MNRB:
Muat turun borang permohonan Biasiswa MNRB 2016 dan hantarkan borang yang telah dilengkapkan ke alamat di bawah; atau emel ke scholarship@mnrb.com.my:
MNRB Scholarship Fund,
11th Floor Bangunan Malaysia Re,
No. 17 Lorong Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20967160 (Puan Jannah) | Fax: 03¬20930368
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga selewat¬lewatnya pada 15 Februari 2016.
Pastikan semua borang permohonan yang lengkap dihantar bersama dengan esei bahasa Inggeris bertulisan tangan,salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan.
Sila ambil perhatian bahawa calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
Sumber: MNRB Holdings Berhad
___________________________
Ingin tahu lebih banyak maklumat tentang biasiswa pengajian terutamanya untuk ke Timur Tengah? Temui Perunding Pelan Pendidikan Mauizah Resources
Biasiswa MNRB
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2015
Rating: