CARA-CARA PERMOHONAN UNTUK LEPASAN DEGREE MALAYSIA YANG BERHASRAT MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT MASTER DI MOROCCO/MAGHRIBI
Assalamualaikum wbt.
Untuk pengetahuan semua, Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru sahaja membuka iklan tawaran untuk permohonan atas talian bagi melanjutkan pengajian ke Morocco. So, hari ni saya hendak berkongsi cara-cara bagaimana permohonan utk lepasan degree Malaysia yang ingin menyambung master di sini. Oh, sebab apa saya hanya fokuskan kepada lepasan degree Malaysia, sbb: 1) saya juga merupakan lepasan degree Malaysia (FPI,UKM), 2) permohonan untuk degree di morocco adalah hanya di atas talian dan sangat mudah, just follow the guideline and submit your application thru internet. 3) saya merupakan orang pertama yang lepasan degree di malaysia yang diterima permohonannya untuk menyambung pengajian master di morocco. (act 3 org yang dipilih tapi 2 yg lain tidak Panjang berjodoh dgn morocco) *sedih. Sob sob.. But untuk adik2 lepasan SPM yang nak tahu serba sedikit tentang pembelajaran di Morocco, boleh terus baca post ni…
Sebelum saya mula ceritakan bagaimana cara-cara urusan, saya terlebih dahulu akan bercerita tentang keadaan belajar di morocco. Morocco terletak di utara benua afrika, negara yang berada jauhhh di ufuk barat dan bersebelahan dengan negara Algeria. Paling penting, Morocco dekat dengan benua eropah (so bile cuti2 boleh lah pergi Spain, Italy, UK ke Jerman ke ala hasab kemampuan kewangan masing2. Nampak indah bukan? tapi disebalik keindahan ni mesty ada kekurangan juga ya takk.. Jadi, kita cuba tgk Kos Sara Hidup di Morocco ni. Basically, students Malaysia yang belajar di Morocco ini jumlahnya hanya lebih kurang 160 orang dan dipisah-pisahkan kepada beberapa wilayah utama. Antaranya, Rabat, Kenitra, Casablanca, El-Rachidia, Fes, Marrakesh, Tetouan dan dahulu ada sorang di Agadir tapi kak fathia tu dah pulangg……. Untuk daerah Rabat, ini merupakan ibu negeri Morocco dan HANYA menempatkan pelajar-pelajar MAINS dan Al-Sofa SAHAJA yeee. so boleh buang negeri ni daripada list permohonan kita siap2. Tp x salah untuk mencuba, mana tahu dapat ke kan? Tp saya pun letak Rabat dalam tolab master tetapi tidak dapat. Selain daripada Rabat, adalah daerah2 yang saya berikan di atas tadi. Tapi okay sahaja untuk tidak menetap di Rabat sbb kos sara hidup mereka sangat tinggi. Sewa rumah sahaja around Dirham (DH) 4000-4500 sebulan = rm 2000 dibahagikan kepada jumlah penduduk dalam rumah. Biasanya sorang dalam DH 400 sebulan. Belum campur dengan bil air dan api yee yang mana bil api air ni sangat mahal di sini berbanding di Malaysia lah (lagi2 musim panas) kalau duduk 10 orang dalam satu rumah, bil api air ni ada lah dalam DH 1000 sebulan. Pelajar Mains dan al-sofa mereka ade zakat yang dikeluarkan untuk mereka. Sebab itu, mereka berkemampuan tinggal di Rabat, itu pun duduk Sale’ act.. bertuah sungguh anak2 NOGORII SEMBILAN ni.. Rumah pelajar Malaysia yang paling murah pun adalah di kediaman saya, Kenitra ! berbanding wilayah2 lain. Hehe.
Jadi, bagaimana pula dengan anak-anak2 Negeri lain kan? Untuk menampung kos sara hidup di sini?
Bagi mereka yang dapat penempatan KPM, mereka semua akan diberikan biasiswa oleh AMCI (pertubuhan untuk Pendidikan di Morocco yang menguruskan biasiswa kepada pelajar asing) setiap 2 bulan sekali. Jumlah yang akan diterima untuk 2 bulan = DH 1250 . sepatutnya akan dapat DH 1500 tapi biasiswa ini akan ditolak DH 250 untuk Insurans kehidupan kita di morocco. Jadi DH 1250 bersamaan dengan RM 538 dibahagikan kepada 2 bulan. Total setiap bulan kita adalah RM 269 = DH 625 sebulan. Kalau dilihat jumlah biasiswa ini memang tidak cukup sebab kos barang, makanan, sewa rumah, bil utiliti memang tinggi. Jadi setahu saya, ada beberapa negeri yang menawarkan zakat untuk pelajar di sini, dengan syarat cemerlang dalam keputusan peperiksaan(cth; Kedah, Pulau Pinang, Wilayah KL dll) atau ada negeri yang menawarkan pinjaman boleh ubah (cth : Selangor) dan ini sangat membantu kepada pelajar-pelajar di sini untuk kesinambungan kami semua sepanjang berada di sini. Seeloknya, setiap pelajar yang hendak ke sini mempunyai sumber kewangan daripada parents masing-masing juga. Tapi jangan risau, in shaa allah, rezeki yang allah bentangkan untuk kita semua mencukupi dan dating daripada sumber yang tidak disangka. Kalau ada yang bertanya, “boleh ke kerja di sini, sambal belajar?” untuk menjawap soalan ini, tunggu jika kalian sudah sampai dan diterima masuk di sini kitab oleh ceritakan dengan lebih lanjut. Hehe 😊
Kesusahan kedua, pembelajaran di sini, tapi ini juga bergantung kepada usaha dan rezeki setiap insan. Di sini, boleh dikatakan system masih lagi berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Untuk sebarang urusan akan makan masa berbulan-bulan. Macam saya sendiri, untuk tasjil sahaja saya mengambil masa selama sebulan. Sebab nak berurusan dengan orang-orang arab kan? So kene expect the worse supaya bila kita hadapi situasi tu akan lebih tenang. But , actually ia bagus untuk menguji kesabaran kita, pengurusan kita, disiplin kita.. sebab sampai bile kita nak di “spoon feeding” dan semuanya diuruskan oleh orang? Bukan dengan kemampuan diri kita sendiri kan? Pesan saya, sebelum ke sini, mantapkan dahulu Bahasa arab & kesabaran kalian, sebab semua urusan di sini dalam Bahasa arab dan Bahasa Perancis. Kelebihan sangat2 bagi sesiapa yang boleh bercakap arab. Sistem di sini, selepas exam, bagi sesiapa yang tidak lepas subjek boleh mengulang(istidrak) semula subjek tu. Dan mostly students Malaysia semua mesti pernah melalui ujian ulangan ini. Hanya peratusan yang kecil sahaja tidak pernah mengulang sepanjang 3 tahun tempoh degree dan 2 tahun tempoh master. Kalau mengulang, tempoh master akan jadi 3 tahun. Tapi, jangalah difikirkan tentang cepat atau lambat belajar, tetapi fikirlah tentang ilmu yang akan diperoleh oleh kalian. Lagi lama kalian di sini, lagi banyak pengalaman dan ilmu yang akan kalian dapat.
Cukuplah 2 sahaja kesusahan takut terlebih Panjang pula post ini nanti. Firman Allah swt : إن مع العسر يسرا “sesungguhnya kesusahan itu Bersama dengan kesenangan” . Apakah pula perkara yang menarik di sini bukan? Suka saya untuk bercerita tentang lambakan kelas-kelas pengajian secara percuma dan peluang untuk bertalaqqi kitab dengan Syeikh-Syeikh terkemuka dan alim dalam bidang-bidang tertentu. Bukan itu sahaja, jika kalian rajin kalian boleh pergi mempelajari kitab-kitab di Madrasah Atiqah pada musim panas. In shaa allah, banyak istifadah dan manfaat yang akan diperoleh oleh kalian. Ataupun boleh sahaja belajar dengan pelajar-pelajar hebat di morocco ni dalam bidang masing2. Esp senior2 yang sudah 5-6 tahun belajar di Morocco ni.
Okayyy. Jom kita masuk cara-cara permohonan pula :
Tahun ini amat sedikit tempat yang ditawarkan iaitu sebanyak 15 tempat sahaja dan dipecahkan untuk permohonan degree dan master. Ini sedikit sebanyak amat menyedihkan sebab zaman saya mohon dahulu jumlah tempat yang ditawarkan adalah sebanyak 30 tempat. Jadi persaingan dia kurang sedikit berbanding tahun ini. Dan waktu permohonan singkat iaitu permohonan perlu dihantar dari Tarikh 15 julai sehingga 22 julai. Akan tetapi, tidak mengapa cuba dahulu dan biar Allah yang tentukan. Firstly kalian semua boleh membuka pautan ini
https://dohe.moe.gov.my/timurtengah/borang/Permohonan_Morocco.pdf
untuk download borang permohonan. Sebab kalian (utk permohonan master) perlu membuat permohonan secara manual. Dalam borang yang dimuat turun kalian akan mendapati beberapa perkara penting :
1) Butiran peribadi pemohon
2) Dokumen2 yang dikehendaki
3) Surat permohonan dalam Bahasa arab
4) Medical information
Saya akan kepilkan sekali gambar2 surat permohonan saya untuk memudahkan kalian semua untuk memohon.
Untuk dokumen2 yang diminta, akan ade beberapa perkara yang akan melambatkan proses permohonan kita. Memandangkan semua pelajar Malaysia sedang dalam tempoh latihan industri dan ini akan menyusahkan pergerakan kita. Cuba cari masa yang baik untuk uruskan dan minta cuti daripada majikan dengan baik. *simpan cuti 3 hari yg diperuntukkan tu.
Antara dokumen yang susah untuk didapatkan : (yang lain senang je dapat)
1) Sijil Transkrip
Untuk pelajar UKM cuba minta sijil transkrip daripada BPA dan cop siap2 daripada sem 1 hingga sem 5 sahaja. (sebab sem 6 punya result tak keluar lagi kan?) . sama juga dengan university lain2. Minta transkrip daripada sem 1 sampailah sem kedua terakhir anda di peringkat degree.
2) Attestation Of success in degree
Cuba kalian minta daripada bahagian Pendidikan universiti atau kalau anda lepasan UKM minta di Pusat masing2 untuk keluarkan satu surat yang menyatakan bahawa kita akan Grad dalam tahun ini. Tulis Bahasa melayu / inggeris dan kalau rajin translate surat tu dalam Bahasa arab di ITBM. Macam saya minta pada Kak Nurul (Pusat Rantau Timur Tengah & Nusantara) dan tandatangan oleh Dr Azmul sebab beliau pengerusi pusat.
3) Letter of Good Conduct (PENTING)
Surat ini perlu diminta daripada sekarang ! (sebab surat ini akan makan masa seminggu atau lebih utk disediakan). Search sahaja letter of good conduct akan membawa anda ke pautan Wisma Putra dan isi online sahaja. Apabila dah siap boleh pergi ke Wisma Putra di Putrajaya untuk ambil dan ada bayaran yang akan dikenakan.
4) Project paper/thesis
Untuk yang ini, siapa yang dah siap tesis boleh fotostat tesis tu dan comb kan dia kemudian hantar sekali. Pastikan dalam tesis yang dibuat tu ada lah sikit2 ayat arab kan untuk pensyarah2 kat sini faham sikit2 apa yang kalian hasilkan dalam degree. Kalau tesis x siap lagi (padan muka ! siapa suruh buat lambat2) boleh hantar apa2 sahaja kerja kursus kalian. Pastikan 40% atau lebih ditulis dalam Bahasa arab. Macam saya, saya hantar tesis saya. 2 copy saya buat sebab saya mohon 2 universiti.
Untuk pilihan university, saya suggestkan untuk cuba cari university qadi iyyadh (Marrakesh) – no 2 dalam ranking university di morocco. Selain itu, kalau sesiapa yang ingin cuba duduk jauh2 daripada komuniti Malaysia, boleh mohon university di Agadir dan El-Rachidia. Cuba search dalam internet untuk cari lama web university tersebut. Bagi yang ingin duduk di tempat urban boleh mohon university di daerah Casablanca. Jika berminat dengan sejarah dan bekas tamadun lama, boleh mohon Universiti di daerah Fes. Dan akhir sekali, yang berminat dengan tempat yang tenang dan dekat dengan Spain, boleh mohon daerah Tetoaun. (untuk lebih Panjang boleh pm saya sahaja, jika tidak jumpa page universiti2 yang disebutkan ini)
KEPUTUSAN
Dijangkakan keputusan akan keluar dalam awal bulan 9, tetapi seperti saya, saya dapat dlm hujung bulan 10. Lambat sangat sebenarnya. Orang dah mula master dah pun. Tetapi alhamdulillah atas nikmat dan rezeki ini kan. Akhir sekali, saya mendoakan agar permohonan kalian semua dipermudahkan dan jika kita bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah, pasti Allah tidak akan menzalimi usaha dan doa kita. Doakan saya dan kawan2 saya dipermudahkan belajar di sini dan diberi kejayaan dalam pembelajaran kami. Amin. (maaf lambat update sebab saya baru sahaja habis exam. Doakan kami semua najah. amin). Harapnya usaha kecil ini membantu kalian semua untuk mengetahui cara-cara permohonanan. Kenanglah saya dalam doa kalian semua. amin
Boleh tgk jugak Di laman Web PMMM
http://p-mmm.com/10-soalan-popular-untuk-sambung-belajar-ke-morocco-2/
Dan fb PMMM
p/s: ini semua adalah sekadar pengetahuan saya, jika saya tersilap dalam menyampaikan maklumat maaf dipinta.
JUMPA KALIAN SEMUA DI SINI !
Kredit artikel: WAN AZIZUL

Reviewed by Syihabudin Ahmad
on
July 19, 2019
Rating: