SPM Tak Memuaskan? Repeat!
Hari ini saya ditemui seorang pelajar bernama Naufal dan ibubapanya. Beliau istimewa kerana mempunyai keinginan belajar yang sangat tinggi. Bahkan, beliau begitu bersemangat mengejar cita-cita yang diimpikan.
Di balik kebanyakkan belia kita hilang cita-cita dan impian - beliau mahu memilih menjadi berbeza! Pada tahun lepas, beliau telah menduduki peperiksaan SPM tanpa mengambil pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi sedangkan beliau mahu menjadi seorang doktor perubatan! Maka, tahun ini beliau mengulang beberapa subjek yang kurang memuaskan serta mengambil subjek yang diperlukan bagi mengejar cita-citanya. Saya menyatakan bahawa; jika beliau mendapat keputusan yang dikehendaki oleh Kementerian Pengajian Tinggi, nescaya dia berpeluang mendapat tempat di Timur Tengah. Demikianlah beliau. Ia sangat unik bagi saya kerana sangat sedikit lepasan SPM yang mahu mengulang pengajian dan mengambil semula SPM. Sebahagian mereka diracun dengan pemikiran, "Tak lulus SPM, tiada masa depan!" Sedangkan hakikatnya sistem pendidikan kita membenarkan "Taubat"! Tak lulus tahun ini, sambung lagi tahun hadapan! Beliau juga berminat belajar di Universiti Islam madinah. Maka dengan dokumen yang sedia ada, kami akan usahakan memohon ke Universiti Islam Madinah. Semoga kisah beliau ini menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. Demikian juga kepada guru-guru supaya tidak lagi berkempen "Mati apabila Tidak Lulus SPM!" - SPM bukan segala-galanya tetapi ia adalah jalan pendidikan mula yang perlu dilalui oleh setiap rakyat Malaysia. ____________________ Syihabudin Ahmad, Sg. Buloh. 15 Muharram 1440H http://www.onlineuim.com/ #perundingpendidikan #uim #spm #semangatilmu

Reviewed by Syihabudin Ahmad
on
September 24, 2018
Rating: