Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Diploma Bahasa Arab, Nile Mesir 2019/2020


PENGENALAN


Markaz Nile telah diasaskan pada tahun 1998 yang berperanan sebagai pusat pendidikan dan pengajaran bahasa Arab dengan cepat dan selesa. Ia terletak di Madinat Nasr, Kaherah. Memfokuskan 4 elemen kemahiran bahasa yang penting iaitu:

(1) Membaca seperti orang Arab membaca
(2) Menulis seperti orang Arab menulis
(3) Mendengar dan memahami seperti orang Arab faham
(4) Bercakap seperti orang Arab bercakap.

    Tiada sebarang sijil yang diperlukan untuk mendapat tempat di Markaz Nile. Bahkan umur juga bukan penghalang untuk belajar bahasa Arab di sini. Apa yang penting untuk belajar bahasa Arab di sini ialah keinginan yang tinggi untuk belajar serta kemampuan kewangan.

    KUALITI SIJIL


    Sijil Markaz Nile diiktiraf di Kementerian Pendidikan Mesir. Sijil ini juga layak menjadi sijil sokongan di mana-mana institusi pengajian dan pekerjaan tempatan.

    KELAYAKAN


    (1) Berumur 13 tahun dan ke atas.
    (2) Tiada had maksima umur.
    (3) Lelaki atau wanita
    (4) Berkemampuan diri & Kewangan
    (5) Sihat tubuh badan

    CARA MEMOHON


    Permohonan untuk mendapat tempat di Markaz Nile diuruskan oleh Aswan EduConcult. Permohonan dibuka sepanjang tahun termasuk pada bulan Ramadhan.

    PENERBANGAN


    Penerbangan boleh diuruskan selewat-lewatnya 3 Minggu sebelum tarikh bertolak ke Mesir.

    PAKEJ PENGAJIAN

    Pengajian di Markaz Nile boleh diuruskan dengan pilihan dua (2) pakej. Ia hanya melibatkan tempoh masa belajar dan bayaran sahaja. Manakala daripada sudut lain, semuanya sama. 

     Pakej A: Tempoh 12-15 bulan 


    Kursus berjalan hampir 1 tahun lebih ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan cemerlang. 

    Level dan Fasa


    Pakej ini mengandungi beberapa fasa dan level yang perlu dilalui oleh pelajar; 

    Fasa 1 mengandungi 4 level.
    Fasa 2 mengandungi 4 level.
    Fasa 3 mengandungi 4 level.


    Ditambah pula pada setiap fasa akan terdapat satu level lisan yang wajib diambil.

    Tempoh:


    Sepertimana rajah dan penjelasan di atas, setiap fasa mengandungi 5 level, kesemuanya 15 level.
    Level lisan boleh diambil secara berasingan atau secara sekaligus.

    Setiap level akan tamat dalam 4 minggu. Oleh itu, ia memerlukan 12 hingga 15 minggu untuk menamatkan kursus.

    Cuti:


    Kursus hanya bercuti pada hari cuti umum sahaja. Iaitu Jumaat dan Sabtu.

    Makluman penting:


    1.Sijil hanya akan diberikan kepada mereka yang mengikuti secara keseluruhan fasa dan level
    2.Sesiapa sahaja yang berumur 8 tahun dan ke atas layak memohon.
    3.Sekiranya seseorang pelajar tidak berjaya menghadirkan diri selama 10 jam atau lebih (sama ada mempunyai alasan atau tidak) maka dia tidak akan memasuki level seterusnya sekalipun dia skor markah yang tinggi dalam peperiksaan.
    4.Apabila pakej pengajian sudah bermula, maka tiada refund bayaran akan dibuat.
    5.Pelajar hendaklah skor sekurangnya 60% bagi melayakkan ke level seterusnya.
    6.Jadual belajar boleh berubah berdasarkan perubahan dari Markaz Nil.
    7.Sekiranya pelajar mendapat markah kurang dari 60%, maka dia teropaksa mengulang level tersebut.
    8.Sesiapa yang tidak hadir selama lebih 2 bulan, maka dia perlu menduduki semula level terakhir yang dia masuk sejak dari mula.
    9.Setiap level bermula apabila pelajar mencukupi. Sekiranya bilangan pelajar tidak mencukupi, maka dia digalakkan untuk mengambil Pakej B
    .

     Pakej B: Tempoh 4 BULAN 1 MINGGU 


    Ini adalah kursus istimewa yang menyingkatkan lagi tempoh dan tersedia serta merta. Sistem Pakej B sama sahaja dengan Pakej A, cumanya pakej ini menambah masa pengajian dari 2 jam ke empat jam. 

    Level dan Fasa


    Pakej ini mengandungi beberapa fasa dan level yang perlu dilalui oleh pelajar;

    Fasa 1 mengandungi 4 level.
    Fasa 2 mengandungi 4 level.
    Fasa 3 mengandungi 4 level.

    Ditambah pula pada setiap fasa akan terdapat satu level lisan yang wajib diambil.


    Tempoh:


    Sepertimana rajah dan penjelasan di atas, setiap fasa mengandungi 5 level, kesemuanya 15 level.
    Level lisan boleh diambil secara berasingan atau secara sekaligus.

    Cuti:


    Kursus hanya bercuti pada hari cuti umum sahaja. Iaitu Jumaat dan Sabtu.

    Makluman penting:

    1.Sijil hanya akan diberikan kepada mereka yang mengikuti secara keseluruhan fasa dan level
    2.Sesiapa sahaja yang berumur 8 tahun dan ke atas layak memohon.
    3.Sekiranya seseorang pelajar tidak berjaya menghadirkan diri selama 10 jam atau lebih (sama ada mempunyai alasan atau tidak) maka dia tidak akan memasuki level seterusnya sekalipun dia skor markah yang tinggi dalam peperiksaan.
    4.Apabila pakej pengajian sudah bermula, maka tiada refund bayaran akan dibuat.
    5.Pelajar hendaklah skor sekurangnya 60% bagi melayakkan ke level seterusnya.
    6.Jadual belajar boleh berubah berdasarkan perubahan dari Markaz Nil.
    7.Sekiranya pelajar mendapat markah kurang dari 60%, maka dia terpaksa mengulang level tersebut.
    8.Sesiapa yang tidak hadir selama lebih 2 bulan, maka dia perlu menduduki semula level terakhir yang dia masuk sejak dari mula.

    Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.


    Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
    Diploma Bahasa Arab, Nile Mesir 2019/2020 Reviewed by Unknown on January 06, 2019 Rating: 5
    All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
    Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

    Powered by Blogger.