Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Mahu ke Al-Azhar tetapi dapat Result Maqbul?

Ramai orang menelefon kami (03-60397343) untuk bertanya berkaitan isu; mendapat Maqbul ketika peperiksaan STAM tetapi masih berhajat untuk meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar.


Jawapan kami kepada mereka ini ialah: Anda mempunyai beberapa pilihan: 

(1) Daftar semula STAM tahun ini, dan dapatkan keputusan minima JAYYID! 


Pro: 


- Tahun depan, boleh terus ke Universiti al-Azhar. 
- Jalan paling cepat ke Universiti al-Azhar
- Jalan paling mudah ke Universiti al-Azhar

Kontra:


- Kena masuk sekolah semula. (Selesaikan: Jadi calon persendirian)
- Jika ke Al-Azhar tahun depan, tetap perlu masuk Imtihan Qabul. 

(2) Pergi terus ke Mesir, daftar ke Maahad Buuth al-Azhar. 


Pro: 


- Boleh terus ke Mesir
- Pengajian di Buuth lebih baik daripada STAM
- Kualiti lebih baik sebelum masuk Universiti al-Azhar
- Selepas lulus di Maahad Buuth, boleh terus masuk al-Azhar. Tidak perlu Imtihan Qabul. 

Kontra:


- Paling cepat habis di Buuth biasanya 3 tahun. 
- Buuth adalah peringkat menengah. 
- Pengurusan masuk Buuth agak leceh. 

(3) Mohon ke universiti-universiti di Malaysia seperti USIM. 


Pro:


- Banyak universiti menetapkan minima ialah Maqbul
- Belajar dalam bahasa ibunda - Melayu

Kontra:


- Tiada susasana pengajian di Timur Tengah

Oleh itu, apa pilihan anda? 

Jika anda merasa masih runsing atau menganggap cadangan ini bermanfaat, kami cadangkan datang bertemu Perunding Pendidikan kami di Saujana Utama Sungai Buloh. 

Call: 03-60397343.



Mahu ke Al-Azhar tetapi dapat Result Maqbul? Reviewed by Unknown on January 23, 2017 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.