Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Kos Penuh Pengajian di Mu`tah, Jordan

Di Mafraq, Jordan - Universiti yang diuruskan permohonan kemasukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia ialah Mu`tah University. Di sini, terdapat 3 bidang pengajian Islam yang diiktiraf iaitu:

(1) Syariah

  • Fiqh Wa Usuluh
  • Usuluddin    

(2) Bahasa dan Kesusasteraan Arab


Seperti biasa, kami bahagikan kepada lima (5) isu:

(1) Kos Yuran Pengajian Penuh
(2) Kos Tahunan - ia berulang setiap tahun
(3) Kos Bulanan - ia berulang setiap bulan.
(4) Kos Kali Pertama ke Jordan
(5) Kos Pulang ke Malaysia setelah Tamat Belajar

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! Peringatan: Ini hanyalah anggaran yang paling selamat yang cuba kami berikan. Jika ia berubah, maka bantu kami dengan memberikan komentar di bawah!

Nota: Tukaran USD - MYR ialah : USD 1 = RM 5
Nota: Tukaran JOD - MYR ialah : JOD 1 = RM 6.25

(1) Kos Yuran Pengajian

Yuran pengajian berbeza berdasarkan bidang pengajian




Universiti
Bidang
Tempoh
USD
RM
Mu`tah University
Pengajian Islam
4 Tahun
$3,742
RM18,710.00


(2) Kos Tahunan

Kos yang perlu disediakan setiap tahun adalah untuk perkara berikut:

1- Membeli pakaian musim sejuk
2- Melancong sekitar Jordan
3- Yuran aktiviti persatuan dan kedutaan
4- Lain-lain.

Kami mencadangkan anda menyediakan RM 1,000.

(3) Kos Bulanan

Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Sewa Rumah
50
2
Bil Eletrik, Air dan Internet
30
3
Barang Keperluan Rumah (Gas, keperluan dapur, dan lain-lain)
30
4
Barang Keperluan Peribadi
20
5
Tambang ke Universiti
10
6
Lain-lain
20
Jumlah (JOD) :
160
Jumlah (RM) :
RM1,000.00
 

Bermaksud, keluarga atau penaja di Malaysia mestilah menyiapkan anggaran dalam RM 1,000 hingga RM 1,200 setiap bulan.

(4) Kos Kali Pertama ke Jordan

Kos ini menimbang isu berikut:


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Tiket Kapal Terbang (KUL-AMMAN)
500
2
Proses Permohonan dan Penyerahan Dokumen di Putrajaya
35
3
Yuran Program Sambutan Pelajar oleh Education Malaysia Jordan (EMJ)
80
4
Keperluan Rumah Bujang
30

Katil + tilam
50

Meja
30

Almari
30

Barang-barang dapur
40

Karpet
40

Mesin basuh
40
5
Keperluan lain
40

Jumlah (JOD) :
915

Jumlah (RM) :
RM5,718.75

 (5) Kos Pulang ke Malaysia Setelah Tamat Belajar


Bil.
Perkara
Bayaran (JD)
1
Kotak Kargo (Kitab) - 2 kotak
40
2
Tiket Kapal terbang
500

Jumlah (JOD) :
540

Jumlah (RM) :
RM3,375.00

Keseluruhan:

Berikut ialah kos keseluruhan berdasarkan formula:


Cara Pengiraan: Kos 1 + (Kos 2 X Tempoh Tahun) + ((Kos 3 X 12) X Tempoh Tahun) + Kos 4 + Kos 5



Universiti
Mu`tah
Bidang
Pengajian Islam
Tempoh (Tahun)
4
Kos (1) Yuran Pengajian
RM18,710.00
Kos (2) Tahunan
RM1,000
Kos (3) Bulanan
RM1,000
Kos (4) Kali Pertama
RM5,718.75
Kos (5) Tamat Belajar
RM3,375

RM29,803.75

Tambahan: 

Jika anda merancang untuk balik ke Malaysia setiap tahun, maka sila sediakan tambahan harga tiket.

Semoga Allah memudahkan urusan anda!

Perunding Pendidikan

Jika anda masih lagi berkira-kira di manakah tempat terbaik untuk menuntut ilmu? Aswan Educonsult mempunyai perunding pendidikan yang mahir memberi nasihat serta memberikan taklimat pengajian di Timur Tengah. Segera hubungi kami!



Kos Penuh Pengajian di Mu`tah, Jordan Reviewed by Unknown on January 27, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.