Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Meneroka Timur Tengah

Maahad Buuth al-Azhar merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.

Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Peringkat Pengajian

 Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

Matapelajaran 

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,


  • Fiqh
  • Tauhid
  • Hadis
  • Khat
  • Nahu
  • Sorof
  • Insya’
  • Tauhid
  • Sirah
  • Imla’
  • Tajwid
  • al Quran
  • Sains
  • Komputer
  • Matematik
  • Geografi
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza

Keistimewaan 

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,


  • Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
  • Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab. 
  • Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  • Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
  • Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
  • Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab. 
  • Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.
  •  


Jadi tunggu apa lagi? Ingin habiskan pengajian dengan lebih pantas? Ingin belajar di luar negara?

Mari sama-sama memohon untuk belajar di Mesir SEKARANG!!!!!!
Meneroka Timur Tengah Reviewed by Unknown on November 29, 2016 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.