Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Pengajian di Maghribi - Lepasan SPM (Ijazah Sarjana Muda)

PENGAJIAN


1. SISTEM PENGAJIAN


Menurut formasi terbaru pengajian yang baru dimulakan sejak tahun akademik 2014/2015, rancangan sistem pembelajarannya adalah berbentuk kitaran modul dan semester.

  1. Tahun akademik terdiri daripada dua (2) semester
  2. Tempoh setiap semester yang berlangsung ialah selama 16 minggu dengan penjadualan 6-7 modul pengajian.

2. TEMPOH PENGAJIAN


Kerangka pendidikan baharu yang lebih dikenali sebagai LMD mempunyai tiga kitaran utama iaitu:

  1. Kitaran pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan tempoh enam (6) semester/tiga (3) tahun (selepas SPM)
  2. Kitaran pengajian Ijazah Sarjana/ Master dengan tempoh empat (4) semester/dua (2) tahun (selepas Ijazah Sarjana Muda)
  3. Kitaran pengajian Ijazah Kedoktoran/ PHD dengan tempoh minimum tiga (3) tahun (selepas Ijazah Sarjana/ Master)

3. BIDANG PENGAJIAN


Bidang-bidang yang ditawarkan ialah seperti berikut:

  1. Pengajian Islam
  2. Pengajian Bahasa Arab
  3. Pengajian Syariah (hanya di Kuliah Syariah, Universiti Qarawiyeen)
  4. Pengajian Usuluddin (hanya di Kuliah Usuluddin, Universiti Qarawiyeen)

4. YURAN PENGAJIAN


Sehingga kini, universiti-universiti di Maghribi menawarkan pengajian secara PERCUMA di semua peringkat Ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana/Master dan Ijazah Kedoktoran/PhD.


PERMOHONAN


1. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa*.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam subjek berkaitan Pengajian Islam.
  3. Pelajar yang tidak mempunyai SPM atau SPM bukan tahun semasa TIDAK LAYAK untuk memohon.

*SPM tahun semasa iaitu pelajar yang menduduki SPM 2015 LAYAK memohon untuk sesi 2016.

2. CARA-CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN



  1. Isi borang Kementerian Pengajian Tinggi secara online yang biasanya diumumkan selepas keputusan SPM setiap tahun. (Biasanya pada bulan Mac)
  2. Tunggu nama diumumkan.
  3. Jika anda berjaya, sila ikut arahan daripada KPT. 
  4. Berlepas ke Maghribi jika terpilih.

3. KUOTA


Setiap tahun, Kerajaan Maghribi menyediakan kuota  kepada 15 mahasiswa yang terpilih sahaja serta layak mendapat biasiswa Kerajaan Maghribi.


4. TARIKH MEMOHON

Biasanya permohonan di buka selepas diumumkan keputusan SPM. Ia akan tamat dalam tempoh 10-30 hari. Justeru itu, anda yang berminat diharapkan dapat bersedia lebih awal dengan sentiasa melihat portal Kementerian Pengajian Tinggi. 


5. MAKLUMAT TAMBAHAN


Setelah diterima, visa melawat hendaklah diambil di Kedutaan Maghribi di Kuala Lumpur sebelum datang ke Morocco. Sila ambil visa pelajar untuk 3 bulan.

BIASISWA


1. TAWARAN BIASISWA MAGHRIBI


Setiap tahun, Kerajaan Maghribi menyediakan kuota biasiswa kepada 15 mahasiswa yang terpilih sahaja kepada semua peringkat Ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana/Master dan Ijazah Kedoktoran/PhD. Sebanyak 750 Dirham (RM270) sebulan akan diberikan kepada penerima biasiswa.

2. BANTUAN  KEWANGAN


Bantuan kewangan dari Malaysia juga boleh dipohon samada dari Pejabat Zakat Negeri, Majlis Agama Islam,Yayasan Negeri dan sebagainya. Contohnya bagi pelajar yang menetap di Selangor boleh memohon Dermasiswa daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

UNIVERSITI


Di Maghribi, terdapat beberapa institut pengajian tinggi awam. Namun, tidak kesemua universiti ini adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Pada tahun ini (2016), senarai cadangan universiti yang diiktiraf ialah:

(1) Universiti Ibn Tofail, Kenitra
(2) Universiti Mohammed V – Souissi, Rabat
(3) Universiti Mohammed V – Agdal, Rabat
(4) Universiti Hassan Thani – Ain Chock, Casablanca
(5) Universiti Hassan Thani, Mohammedia
(6) Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes
(7) Universiti Abdelmalek Essadi, Tetouan
(8) Universiti Qarawiyyen
(9) Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh
(10) Universiti Mohammed Primier, Oujda
(11) Universiti Moulay Ismail, Meknes
(12) Universiti Chouaib Doukkali, El Jadida


Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang pengajian dan kesesuaian anak anda belajar di Maghribi, anda dijemput datang ke pejabat urusan Mauizah Resources dengan menekan link berikut: 


Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Pengajian di Maghribi - Lepasan SPM (Ijazah Sarjana Muda) Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.