Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Pengajian Islam & Kedoktoran di Mesir - Lepasan SPM & STAM

Pengajian Islam & Qiraat 

Pengajian Islam ialah satu subjek pendidikan yang amat sinonim dengan Mesir. Sehingga ada sebahagian orang menggelarkan Mesir sebagai Ummu al-Dunya (Tumpuan Dunia) kerana menjadi kiblat ilmu penuntut ilmu agama. Ini berikutan pengaruh Universiti al-Azhar yang besar di dalam mencorak perubahan serta kebangkitan dakwah di seluruh dunia. 

Untuk mendapat tempat di Universiti al-Azhar dalam pengajian Islam, pelajar mesti memiliki sijil STAM. Manakala bagi pengajian Qiraat, pelajar diwajibkan mempunyai Diploma Qiraat dari JAKIM. Setelah selesai berurusan dengan KPM, pelajar disarankan untuk terus bertolak ke Mesir. 

Perubatan, Farmasi, Pergigian


Selain daripada pengajian Islam, Mesir juga menawarkan  subjek perubatan, pergigian serta farmasi di dalam kos rendah dan juga berbaloi. Ia pastinya menarik minat pelajar-pelajar dari Malaysia. Bahkan, daripada 15,000 pelajar Malaysia di Mesir, majoriti mereka adalah daripada kalangan pelajar perubatan. 

Bagi pelajar perubatan yang berminat untuk menimba ilmu agama secara terus sepertimana yang dilakukan pelajar pengajian Islam, mereka boleh turut serta tanpa perlu mengeluarkan modal besar. Pengajian percuma mudah didapati di sekitar bandar dan kampung.

Permohonan melanjutkan pengajian ke mesir bagi subjek perubatan, pergigian dan farmasi serta Pengajian Islam (menggunakan Sijil STAM) dan Qiraat hendaklah dibuat melalui saluran online dan manual pada tarikh yang dinyatakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 


Senarai Universiti




UNIVERSITI AL-AZHAR

PENGAJIAN ISLAM
USULUDDIN
SYARIAH
BAHASA ARAB
ULUM ISLAMIYAH
QIRAAT


PERUBATAN

UNI AL-AZHAR
UNI ALEXANDRIA
UNI KAHERAH
UNI AIN SHAMS
UNI MANSOURAH
UNI TANTA
UNI ZAGAZIG


FARMASI

UNI ALEXANDRIA
UNI MANSOURAH
UNI ZAGAZIG


PERGIGIAN

UNI AL-AZHAR
UNI ALEXANDRIA
UNI KAHERAH
UNI AIN SHAMS
UNI MANSOURAH
UNI TANTA



Syarat dan Kelayakan


(1) Perubatan, Pergigian dan Farmasi


Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam subjek 1)Biologi, 2)Fizik, 3)Kimia, 4)Matematik, 5)Matematik Tambahan, 6)Bahasa Melayu, 7)Bahasa Inggeris 8)dan Sejarah

(2) Pengajian Islam


Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan DAN Lulus Imtihan Qabul (IQ).

(3) Pengajian Qiraat


Mempunyai Diploma Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan.

Yuran Pengajian


Yuran pengajian pelajar perubatan, farmasi dan pergigian biasanya ditanggung oleh biasiswa MARA, dan sebagainya. Total yuran 6 tahun diantara USD 20,000 - USD 42,000. Untuk PENGAJIAN ISLAM di Universiti Al-Azhar, total yuran pengajian ialah USD 150 termasuk yuran pendaftaran dan buku untuk setahun. Manakala sara hidup di Mesir pula dianggarkan RM 600- RM 700 sebulan jika tinggal di rumah sewa.



\
Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Pengajian Islam & Kedoktoran di Mesir - Lepasan SPM & STAM Reviewed by Unknown on October 04, 2015 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.