Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Maklumat Pengajian di King Saud University

Sekilas

Universiti King Saud ialah sebuah universiti di Riyadh Arab Saudi yang menyediakan pendidikan berteraskan agama dan profesional. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1957 hasil inisiatif kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan tenaga profesional. Justeru itu, universiti ini dibina dengan memfokuskan bidang profesional berbanding agama.

Apabila kita melihat statistik prestasi UKS, kita akan dapati bahawa ia mendapat tempat pertama bagi universiti tanah Arab (Tahun 2012).

Kuliah

Bahasa pengantar bagi jurusan umum (non-agama) disampaikan di dalam bahasa Inggeris. Justeru itu sesiapa yang ingin memasuki universiti ini di dalam bidang bukan agama, tidak perlu bimbang dengan kualiti bahasa Arab. Bahkan ramai daripada kalangan para pelajar lulusan USA, UK, Kanada juga tidak fasih berbahasa Arab telah memasuki universiti ini.

Bagi jurusan agama pula, bahasa pengantarnya adalah bahasa Arab. Sebelum memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar akan diminta untuk menduduki pengajian di Markaz Bahsa Arab terlebih dahulu.

Senarai kuliah:

Kuliah Perubatan

Kuliah
Pengkhususan
Kejururawatan
Kejururawatan Umum
Perubatan
Pergigian, Perubatan Umum, Radiological, Physiotherapy, Medicine, Laboratory, Optical

Kuliah Sains

Kuliah
Pengkhususan
Pengurusan
Administration, Ekonomi, Marketing, Finance, Accounting, Pengurusan Maklumat
Sains
Statistik, Scientific Research, Mathematics, Fisik, Kimia, Biochemistry, Tumbuhan dan Hidupan Micro,
Teknologi dan Maklumat
Information Technology (IT)

Kuliah Insaniyah

Kuliah
Pengkhususan
Adab
Media, Sejarah, Geografi, Kajian Masyarakat, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris
Tarbiah (Pendidikan)
Pengajian Sebelum Sekolah Rendah, Pendidkan Khas, Pendidkan Seni, Pengajian Islam, Pengajian al-Quran, Psikologi
Sains Politik
Justice
Bahasa dan terjemahan
Bahasa Inggeris, Bahasa Peranci

Biasiswa

Secara umunya, seluruh universiti di Arab Saudi memberikan biasiswa penuh kepada para pelajar mereka. Bahkan segala yuran pengajian ditanggung oleh pihak universiti.

Kelebihan

Diantara kelebihan belajar di universiti ini ialah:
  • 1-      Elaun bulanan sehingga SAR 900
  • 2-      Asrama pelajar yang lengkap dengan penghawa dingin, peti ais, internet dan sebagainya.
  • 3-      Subsidi makan di kantin universiti
  • 4-      Suasana persekitaran belajar yang bersih dan aman
  • 5-      Klinik kesihatan percuma
  • 6-      Perpustakaan 6 tingkat yang lengkap dengan rujukan berbahasa Arab dan Inggeris. Dibuka sehingga malam.
  • 7-      Fasaliti sukan yang lengkap.
  • 8-      Bas percuma
  • 9-      Dapat menunaikan ibadah haji dan umrah dengan mudah.
  • 10-   Tiket dua hala Malaysia – Arab Saudi setiap tahun.



Book an appointment with Mauizah Resources using SetMore
Maklumat Pengajian di King Saud University Reviewed by Unknown on June 26, 2015 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.