Top Ad unit 728 × 90

Book an appointment with SetMore

News

recent
Book an appointment with SetMore

Halatuju Lepasan STAM 2018?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Pelajaran Tinggi Malaysia (JPT) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Sijil berkenaan  setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir.

Halatuju?


Berikut kami sertakan beberapa pilihan yang anda boleh pilih:

(1) Universiti Al-Azhar



Universiti al-Azhar adalah jalan terbaik untuk lepasan STAM. Syarat kemasukan ialah: Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun.

Pendaftaran perlu dibuat melalui dua cara; Online dan Manual.

- Online

Pendaftaran online dibuat selepas makluman daripada JPT. Biasanya pendaftaran online dibuat pada bulan April dan tarikh akhir adalah awal Mei.

- Manual

Pendaftaran manual perlu melengkapkan borang-borang yang diberikan oleh pihak JPT. Ia mesti dihantar sebelum tamat tarikh penghantaran. Biasanya akhir Mei.

Nota: Sesiapa yang tidak mendaftar secara ONLINE, borang manualnya tidak akan diterima untuk diproses. 

Berminat untuk mendapatkan khidmat pengurusan daripada Aswan Educonsult sdn bhd? 


(2) Kursus Bahasa Arab (Markaz Nile)



Kebiasaannya, sementara menunggu result STAM keluar, boleh belajar bahasa Arab dahulu. Al-maklumlah, majoriti student yang ambil Imtihan Qabul setiap tahun TIDAK LULUS disebabkan penguasaan bahasa Arab yang lemah.

Kemudian setelah result keluar, kami boleh bantu uruskan pendaftaran ke Universiti al-Azhar.

Penerbangan AVAILABLE SETIAP BULAN.

Berminat untuk mendapatkan khidmat pengurusan daripada Aswan Aduconsult sdn bhd? 

(4) Universiti Tempatan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-   Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

  1. Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  2. Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian

-   Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

  1. Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian

-  Fakulti Pengajian Bahasa Utama

  1. Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

-  Fakulti Syariah dan Undang-undang

  1. Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian

-   Fakulti Ekonomi dan Muamalat

  1. Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
  4. Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

-   Fakulti Sains dan Kemanusiaan

  1. Antropologi dan Sosiologi
  2. Kerja sosial
  3. Komunikasi Media
  4. Linguistik
  5. Psikologi
  6. Sains Politik
  7. Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)

-   Fakulti Pengajian Islam

  1. Pengajian Al-Quran dan Sunnah
  2. Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  3. Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  4. Syariah
  5. Usuluddin dan Falsafah


Bolehkah saya nak sambung ke Jordan dan Madinah? 

Ya, anda boleh menyambung ke Jordan dan Universiti Islam Madinah tetapi hendaklah menggunakan SIJIL SPM.


Berminat untuk mendapatkan khidmat pengurusan daripada Aswan Educonsult sdn bhd? 

Halatuju Lepasan STAM 2018? Reviewed by Unknown on December 03, 2014 Rating: 5
All Rights Reserved by Aswan EduConsult SDN BHD © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.